Salam semua. Bloggers tak kiralah dari Malaysia atau luar Malaysia semuanya dalam dilema. Mengapa? Banyak faktor yang menghalang blogger untuk terus menulis blog. Seperti yang kita sedia maklum, blog Malaysia Today telah diblok oleh semua ISP di Malaysia. Setelah menggunakan redirect domain www.harapanmalaysia.com juga masih di blok.
Bagi blogger yang tidak menulis tentang politik masih ada yang di hantui bayangan page rank oleh Google. Hendak di turutkan hati tidak mahu kisah tentang page rank tetapi page rank atau PR adalah penting untuk blogger mendapatkan trafik dari seluruh dunia yang menggunakan search engine.
Tergerak hati ingin melawat blog Izea, Pay Per Post. Antara post terbaru mereka ialah tentang audit. Ya, meraka sedang mengaudit blog sampah yang dibangunkan hanya untuk mencari wang mudah. Blog sebegini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Syabas Izea. Akan tetapi masih ada kesangsian hubungan antara Izea dan Google. Tepuk dada tanya selera.
Bagaimana pula blogger yang menyaman dan di saman? Ini lain pula ceritanya. Terpanggil hati untuk melawat blog rakan-rakan blogger yang lain. Adakah mereka sama seperti kancil yang tersepit diantara gajah?
Sedih sebab kerajaan Malaysia khususnya yang bertindak dengan membabi buta. Adakah patut blogger dipanggil dengan nama beruk? Kusangkakan panas hingga ke petang, hujan jua di awal pagi.
Kepada rakan blogger yang baru mula berjinak dengan dunia blogger yang penuh dengan ranjau atau duri, jangan sibuk untuk mengejar wang dan impian sedangkan kandungan blog hanyalah dusta semata. Kejarlah dunia dan akhirat pada waktu yang sama.
Selamat maju jaya –> Ikhlas tapi jauh : xBrain





December 4, 2008 at 11:23 am
Saya sokong dengan pendapat anda, kerajaan seharusnya tidak bertindak membabi buta dengan mem’block’ segelintir blog2 yang membicarakan perkara yang berkisar dengan politik malaysia. kita kan demokrasi.. (ni pendapat aku jer tak semestinya betul)
January 3, 2009 at 1:56 pm
http://www.e-jariah.net/manjo
January 8, 2009 at 8:49 am
Salam dari anak Indonesia..
Tepatnya dari Desa Bancar..
Semangatz..
October 16, 2009 at 12:29 am
dh buka balik la bro… heheheh msti dh tau nya kan…